Barisan komputer riba Honor dikemaskini dengan variasi baharu menerusi MagicBook Pro 16. Ia diberi nafas baharu untuk berfungsi dengan baik menerusi sokongan cip sehingga Intel Core Ultra 7 dan grafik NVIDIA GeForce RTX 4060.

Reka bentuk juga anggun bersama saiz bezel yang nipis masih digunakan pada model tahun ini. Ini dipadankan pula dengan skrin 16-inci beresolusi 3K dengan kadar segar semula 165Hz. Peranti juga dilengkapi sokongan AI-Empowered Cross-OS Collaboration yang mampu menawarkan pengguna rangkaian peranti pintar serba baharu.


Dalam masa sama menyediakan banyak manfaat AI melaluinya dalam menjadikan kerja lebih produktif, misalnya pengguna boleh menggunakan Smart Picture Search untuk mencai imej menggunakan kata kunci. Kemudian Smart Document pula menjadikan proses pembahagian data penting daripada teks yang panjang dengan mudah.



Turut melengkapinya ialah sokongan audio spatial untuk pengalam mendengar lebih imersif. Butiran mengenai harga tidak pula diumumkan sebentar tadi.
