Anker Perkenalkan Powerbank Siri Nano Baharu Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM79

TechnologyDigital
13 Nov 2025 • 11:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Anker telah melancarkan lima model powerbank baharu dalam siri Nano di Malaysia. Setiap model direka bagi memenuhi keperluan pengguna yang berbeza sama ada untuk pengecasan berwayar atau nirwayar, serta penggunaan yang lebih praktikal di dalam kenderaan mahupun ruang kerja.

image is not available
Anker Laptop Powerbank A1695

Anker Laptop Powerbank A1695 dilengkapi bateri 25,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 165W melalui empat port. Ia hadir dengan dua kabel USB-C terbina sepanjang 30cm untuk pengecasan segera dan 70cm boleh laras. Skrin TFT disediakan memaparkan output kuasa, suhu bateri serta anggaran masa pengecasan manakala animasi emoji muncul apabila kabel ditarik. Powerbank ini mesra penerbangan dan ditawarkan dalam warna hitam dan kelabu pada harga RM399.

image is not available
Nano Retractable Powerbank A1638

Nano Retractable Powerbank A1638 dilengkapi kabel USB-C boleh laras sepanjang 70mm yang tahan lasak dan mudah disimpan. Ia bersaiz kompak serta mempunyai tali untuk dibawa tanpa beg. Powerbank ini menyokong pengecasan pantas sehingga 45W termasuk PPS 2. Ia juga menyediakan tiga port iaitu dua USB-C dan satu USB-A untuk pengecasan sehingga tiga peranti serentak. Skrin TFT pintar terbina memaparkan status pengecasan dengan jelas. Ia ditawarkan dalam warna hitam, putih dan biru pada harga RM209.

image is not available
Anker Nano Wireless Powerbank A1665

Anker Nano Wireless Powerbank A1665 menawarkan pengecasan tanpa wayar Qi2 dalam reka bentuk nipis bersaiz kad kredit. Ia direka khas untuk iPhone 12 hingga 17 dan menyokong pengecasan nirwayar 15W serta berwayar 20W melalui port input/output. Sistem kawalan suhu pintar memastikan pengecasan selamat melalui pemantauan masa nyata dan pelarasan automatik, sambil mengekalkan suhu permukaan di bawah 40°C. Ia tersedia dalam warna hitam, putih, biru dan merah jambu pada harga RM199.

image is not available
Nano Retractable Car Charger A2738

Anker turut memperkenalkan Nano Retractable Car Charger A2738 yang dilengkapi kabel USB-C boleh laras untuk kegunaan dalam kenderaan. Ia menyokong pengecasan pantas dua port sehingga 75W dan menggunakan teknologi ActiveShield 2.0 bagi memantau suhu secara masa nyata. Pengecas ini sesuai juga untuk pelbagai jenis peranti dan ditawarkan dalam warna kelabu pada harga RM79.

image is not available
Nano Room Charger 45W (A2692)

Melengkapkan ekosistem Nano, Anker memperkenalkan Nano Room Charger 45W yang menawarkan pengecasan pantas dalam rekaan kompak dengan palam boleh lipat untuk mudah dibawa. Ia menyokong teknologi PowerIQ 3.0 dan Samsung Super-Fast Charging 2.0 manakala sistem ActiveShield 3.0 terbina akan memantau suhu secara berterusan bagi mengelakkan isu panas berlebihan. Pengecas ini tersedia dalam warna hitam dan putih pada harga RM99.