“Annoying Netizen Puji Lemah Lembut” – Minta Bukti, Naddy Sushi Berang Dituduh Pernah Memb*li

EntertainmentLifestyle
29 Jul 2025 • 4:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pempengaruh media sosial, Naddy Sushi atau nama sebenar, Nadhirah Zamani tampil bersuara di platform Threads bagi menafikan dakwaan kononnya dia terlibat dalam isu membuli.

Dalam entri yang dimuat naik, Naddy meluahkan rasa kecewa apabila dituduh tanpa sebarang bukti atau penjelasan yang sah.

image is not available

Tulisnya,

Kenapa ada yang komen cakap saya pernah buli orang? Macam mana orang boleh percaya je apa yang diperkatakan orang lain tanpa konteks atau bukti?

Menurut Naddy, dia merupakan individu yang pendiam, suka menyendiri dan tidak pernah terlibat dalam sebarang isu buli mahupun menjadi mangsa buli.

Dia juga menegaskan bahawa netizen seharusnya mendapatkan maklumat yang sahih terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan melulu. Naddy juga memberi amaran agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan daripada akaun yang tidak dikenali.

image is not available

Setakat ini, tiada kenyataan lanjut daripada pihak lain yang terlibat, namun Naddy berharap orang ramai lebih berhati-hati dalam menyebarkan tuduhan tanpa asas.

image is not available 2025-07-28 14:43:12

“Tudung Direntap, Kepala Ditunjal” - Individu Dedah Pernah Dib*li Di Sekolah Oleh Pembaca Berita Popular