Annuar Musa terima lamaran bantu KDN FC

LocalFootball
22 May 2025 • 9:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Annuar mengesahkan beliau menerima lamaran yang dibuat oleh KDN FC bagi membantu pasukan itu mengharungi saingan Liga Super musim 2025/2026. Foto Facebook Tan Sri Annuar Musa

BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan beliau menerima lamaran yang dibuat oleh Kelab Bola Sepak Kelantan Darul Naim (KDN) FC bagi membantu pasukan itu mengharungi saingan Liga Super musim 2025/2026.

Beliau berkata, tawaran itu diterima tanpa syarat dan ganjaran.

"Sekadar bersukarela demi bola sepak Kelantan dan negara...saya akan cuba sedaya upaya, Insya-ALLAH.

"Seperti yang saya gambarkan sebelum ini, saya mahu melihat Kelantan bangkit semula," katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya pada Khamis.

Annuar berkata, KDN FC sudah boleh memulakan proses pembentukan pasukan selepas memperoleh lesen beraksi di Liga Super musim 2025/2026.

Ujarnya, selain pemain ia turut merangkumi pengurusan dan barisan kejurulatihan.

"Saya diberi maklum Kelantan antara 14 pasukan diluluskan lesen menyertai Liga Super musim akan datang.

"Walaupun begitu, kelulusan itu bersyarat....Insya-ALLAH Kelantan mampu penuhi semuanya," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved