Annuar Sah Ahli PAS

Politics
11 Jun 2023 • 7:38 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Takiyuddin Hassan berkata PAS menerima keahlian Annuar Musa bersama 3,000 ahli baharu yang lain semalam - Gambar Fail

SEREMBAN - Presiden pertubuhan bukan kerajaan Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa sah menjadi ahli PAS, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin berkata PAS menerima keahlian bekas Ahli Parlimen Ketereh itu bersama 3,000 ahli baharu yang lain semalam.

"Saya ingin memaklumkan Tan Sri Annuar Musa diterima menjadi ahli PAS...dengan 3,000 keahlian baharu hari ini.

"Ramai memohon masuk dalam PAS, Bersatu...(selepas ini) tokoh masyarakat lain yang diterima masuk ke parti ini akan diumumkan dari semasa ke semasa," katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan di sini, malam ini.

Turut hadir Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi turut menyerahkan sijil keahlian kepada Annuar.

Sementara itu, Annuar berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kepada kepimpinan tinggi parti PAS dan PN yang menerima keahliannya itu.

"Saya bersyukur pada malam ini saya dapat bersama dengan semua (penyokong PN) pada hari bersejarah bagi diri saya, (keputusan ini) tidak dipengaruhi oleh sesiapa," katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved