Antaramuka Bahasa Melayu Taobao Kini Sedia Digunakan Pengguna Malaysia

TechnologyDigital
28 May 2025 • 11:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Taobao merupakan laman membeli belah atas  talian yang terkemuka di China menawarkan pelbagai produk untuk pengguna. Selang beberapa bulan selepas versi antaramuka Bahasa Inggeris diumumkan, hari ini mereka mengumumkan antaramuka Bahasa Melayu sedia digunakan pengguna tempatan.

image is not available

Antaramuka Bahasa Melayu ini bakal memudahkan pengguna memahami akan sesuatu produk dari segi informasi dan terma serta maklumat barangan yang dijual menerusi terjemahan automaik menggunakan kecerdasan buatan. Malah pengguna juga akan dapat melihat ulasan produk dalam Bahasa Melayu. Ia juga turut hadir dengan kemaskini aplikasi terbaharu yang menyertakan fungsi carian pintar berasaskan imbasan gambar, membolehkan pengguna merakam gambar, dan aplikasi Taobao akan mencadangkan pekedai yang menjual produk yang telah diimbas. Pengguna tempatan juga boleh melakukan pembayaran menerusi aplikasi perbankan dan juga dompet digital tempatan.

image is not available

image is not available

image is not available

Anda boleh mula menggunakan Taobao dengan aplikasi Bahasa Melayu bermula hari ini dan khas untuk acara jualan pertengahan tahun mereka iaitu 618 Mid Year Sale yang akan bermula pada 28 Mei sehingga 20 Jun, terdapat pelbagai promosi dan juga kupon pembelian dengan diskaun sehingga 50%, kupon penghantaran percuma, serta promosi belanja dan menang yang menawarkan hadiah menarik. Aplikasi ini tersedia untuk iOS dan juga Android.