Western Digital Melabur Dalam Cerabyte Untuk Pembangunan Storan Kaca Yang Boleh Bertahan Selama 5000 Tahun

TechnologyDigital
13 May 2025 • 1:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahukah anda bahawa selain daripada storan cakera keras dan flash yang digunakan sedia ada oleh pengguna dan pusat data, pelbagai jenis storan jangka masa panjang juga sedang dibangunkan untuk memastikan bahawa data yang sudah dicipta dan yang akan dicipta di masa akan datang boleh disimpan dan diakses tanpa perlu risau mengenai isu kerosakan akibat faktor masa, entropi ataupun alam sekitar?

image is not available

Western Digital, syarikat pembuat storan terkemuka baru-baru ini dilaporkan telah melabur dalam sebuah syarikat pembuat storan baru yang dinamakan Cerabyte untuk membangunkan teknologi storan baru yang berasaskan bahan seramik dan kaca yang dinamakan ceramic-on-glass.

image is not available

Secara ringkasnya, kelebihan yang ditawarkan oleh storan Cerabytes ialah ia dikatakan mampu bertahan selama 5000 tahun, dan kalis alam sekitar. Dalam sebuah ujian yang dilakukan pada awal bulan ini, ia didapati bahawa storan Cerabyte tahan ujian-ujian pembakaran, rendaman air, cahaya UV, radiasi, hakisan dan juga masih boleh digunakan selepas dikenakan denyutan elektromagnet, yang sentiasa akan membunuh mana-mana storan cakera keras setakat ini.

image is not available

Menurut Cerabyte, data boleh disimpan didalam lubang-lubang berskala nano dalam saiz 50-100 atom, dan sebuah permukaan seramik bersaiz 9cm boleh menyimpan sekitar 1GB, dengan kadar sekitar 245 kilobit untuk setiap denyutan laser.

Cerabytes mengatakan bahawa storan seramik ini masih sedang dibangunkan, tetapi bukti konsep sudahpun ditunjuk sejak 2024, dan kini, dengan pelaburan oleh Western Digital dijangka akan mempercepatkan lagi pembangunan storan ini.