Anthony enggan komen PM minta sambung tugas Menteri Pengangkutan

LocalPolitics
28 Nov 2026 • 4:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anthony enggan komen PM minta sambung tugas Menteri Pengangkutan

SEREMBAN – Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke hari ini enggan memberikan sebarang komen berhubung permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya beliau meneruskan tugas sebagai Menteri Pengangkutan secepat mungkin.

Cubaan petugas media untuk mendapatkan reaksi Anthony selepas Program Yakin Madani di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) di sini gagal apabila beliau hanya menggelengkan kepala sambil mengangkat tangan sebagai tanda enggan mengulas sebelum berlalu pergi.

Terdahulu, Anwar ketika berucap merasmikan program berkenaan, meminta Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP menyambung tugasnya secepat mungkin kerana Kementerian Pengangkutan memainkan peranan penting dalam menghubungkan rakyat melalui pelbagai prasarana pengangkutan.

Perdana Menteri berkata, beliau menghormati dan memahami alasan peletakan jawatan dikemukakan Anthony namun menegaskan tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat dan negara perlu diutamakan.

Pada 10 November, Anthony mengumumkan peletakan jawatannya dalam Kabinet berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Bagaimanapun, Anthony dan Ahli Parlimen DAP lain kekal menyokong kepimpinan Anwar sebagai perdana menteri. – BERNAMA

The post Anthony enggan komen PM minta sambung tugas Menteri Pengangkutan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved