
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kejadian kemalangan membabitkan kenderaan muatan berat seperti lori dan bas yang dipandu laju sudah sering kali berlaku.
Malah apa yang lebih teruk, kemalangan seperti ini turut membahayakan nyawa penumpang serta pengguna jalan raya lain hanya dek sikap pentingkan diri si pemandu.
Perkara seperti ini secara tidak langsung membuatkan mereka yang menggunakan perkhidmatan awam dan pengguna jalan raya bimbang apabila menaiki bas atau melihat lori yang dipandu dengan laju.
Anthony Loke sarankan orang ramai ambil gambar lori atau bas dipandu laju
Terbaharu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) tidak pernah memandang ringan aduan rakyat.
Perkara ini termasuk dengan video yang tular di media sosial memaparkan kesalahan jalan raya yang dilakukan oleh kenderaan berat termasuk bas ekspres.
Tindakan segera akan diambil untuk pastikan keselamatan pengguna
Jelasnya lagi tindakan segera turut akan diambil oleh pihaknya untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain akan sentiasa dijaga.
“Sekiranya lihat ada lori atau bas yang dipandu laju di atas jalan raya, ambil gambar menggunakan telefon pintar.
“Seperti yang berlaku beberapa hari yang lalu, ada satu video tular melibatkan sebuah syarikat bas ekspres yang dipandu dengan laju dan selepas ia memotong kenderaan lain, pemandu itu tunjukkan isyarat lucah kepada orang yang mengambil video tersebut.
“Jangan ingat video yang ditularkan itu tidak berkesan, ada orang kata (mereka) dah buat aduan kepada JPJ, tak diambil tindakan.
“Saya tengok video itu sahaja saya terus WhatsApp kepada Ketua Pengarah JPJ dan Ketua Pengarah APAD untuk ambil tindakan dan APAD terus menggantung syarikat tersebut,” jelas Loke.
Syarikat bas yang pemandu tunjuk isyarat lucah kena gantung sebulan
Menurut beliau lagi, syarikat itu digantung selama sebulan dan ia bukan membabitkan satu bas sebaliknya keseluruhan operasi, lapor Sinar Harian.
Katanya lagi audit yang dilakukan terhadap syarikat bas berkenaan juga mendedahkan ia melanggar beberapa peraturan lain yang serius serta membahayakan keselamatan pengguna lain.
Beliau juga memaklumkan penggantungan yang dikenakan ke atas syarikat itu adalah untuk memberi mesej jelas kepada semua pengendali pengangkutan awam supaya tidak memandang enteng dari segi aspek keselamatan.
“Kita tidak boleh kompromi dalam hal ini. Pemandu bas ekspres membawa 20 hingga 40 penumpang pasa satu masa.
“Keselamatan mereka mesti menjadi keutamaan,” ujarnya.
Cara buat aduan
Sebagai info, anda boleh membuat aduan dengan beberapa cara seperti:
- Lapor terus menerusi aplikasi MyJPJ
- Talian pusat panggilan MOT 1 800 88 7723
- emel: aduan@mot.gov.my
- Aplikasi WhatsApp: 019 290 7723 (waktu pejabat)
Source:

![“Masalah Brek Lagi?” – Ramai Kecam Pemandu Bas Tular Bawa Laju & Langgar Lampu Merah [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
![“Sangat Bahaya” – Mat Saleh Persoal Ada Rider Di KL Guna Laluan Pejalan Kaki [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/travel.jpeg)