“Masalah Brek Lagi?” – Ramai Kecam Pemandu Bas Tular Bawa Laju & Langgar Lampu Merah [Video]

LocalCars
24 Jun 2025 • 11:36 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Belakangan ini, semakin banyak kemalangan jalan raya yang dilaporkan berlaku melibatkan kenderaan berat seperti treler dan bas persiaran.

Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan insiden tidak diingini ini berlaku, antaranya masalah teknikal, keadaan jalan raya dan lain-lain.

Namun, tidak dinafikan bahawa sikap pemandu yang memandu secara laju dan berbahaya juga boleh menyebabkan kemalangan berlaku.

Tular pemandu bas didakwa bawa laju, langgar peraturan jalan raya

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki dikenali sebagai Syazwan mendakwa sebuah bas dipandu secara laju dan melanggar peraturan jalan raya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@syazwanpretty_), dia berkongsi rakaman ‘dashcam’ sewaktu kejadian itu berlaku.

Kejadian terbabit dipercayai berlaku pada Sabtu lalu (21 Jun) berhampiran lampu isyarat di sebuah jalan raya di Kuala Kangsar, Perak.

“Apa yang abang (pemandu bas) kalut sangat tu? Memang jalan ini sedap tekan tapi berpada-pada, kita tegur sebab kita sayang semua nyawa atas jalan,” tulisnya di kapsyen.

Bas ‘cucuk’ kereta depan di lorong kiri dan langgar lampu merah

Dalam video tersebut, kelihatan bas berkenaan yang sedang berada di lorong kiri jalan terbabit ‘mencucuk’ sebuah kereta di hadapannya.

Pemandu bas berkenaan kemudiannya menukar lorong kanan sebaik sahaja tiba di hadapan lampu isyarat merah.

Bagaimanapun, pemandu itu kemudiannya menukar lorong paling kiri dan melanggar lampu isyarat merah sambil menyalakan lampu kecemasan ketika kenderaan-kenderaan lain sedang berhenti.

@syazwanpretty_ apa yang abang kalut sangat sampai nak kejar hijau tu , memang jalan ni sedap tekan tapi berpada pada , kita tegur sebab kita sayang semua nyawa atas jalanan 😇 #fyp #kualekangsor #kualakangsar ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Netizen kecam pemandu bas, bahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video tersebut.

Kebanyakan netizen memberi kecaman terhadap pemandu bas tersebut kerana memandu secara laju dan melanggar lampu isyarat merah.

Jelas mereka, tindakan sedemikian boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Pun begitu, ada pula yang menyebelahi pemandu bas terbabit dengan menyalahkan pemilik dashcam berkenaan kerana memandu di lorong kanan dalam keadaan perlahan.

Jelas Syazwan, dia pada awalnya berada di lorong kiri namun terpaksa menukar lorong kanan setelah menyedari kehadiran bas terbabit di belakangnya yang bergerak secara laju.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available