Anthony Loke mahu pemaju perumahan kurangkan parkir, galak rakyat guna pengangkutan awam

LocalPolitics
8 Dec 2025 • 10:26 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pemaju perumahan disaran mengurangkan bilangan tempat letak kenderaan bagi projek baharu berhampiran stesen pengangkutan awam, sebagai usaha menggalakkan penduduk menggunakan LRT, MRT dan sistem rel bandar lain.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, cadangan itu sudah dikemukakan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kerana syarat sedia ada iaitu satu atau dua petak parkir bagi setiap unit kediaman menjadi antara punca utama peningkatan harga rumah.

“Kalau projek berdekatan dengan stesen pengangkutan awam, mungkin boleh dikurangkan keperluan tempat letak kereta untuk menggalakkan penghuni menggunakan pengangkutan awam,” katanya.

Baca juga:

Menurutnya, pendekatan ini seiring dengan konsep pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang kini diamalkan di Kuala Lumpur, selain menyasarkan golongan muda yang tinggal berdekatan rangkaian rel.

“Jika duduk dekat dengan stesen pengangkutan awam, keperluan untuk memiliki kereta itu lebih rendah, sekali gus dapat menjimatkan kos kehidupan dan mengubah gaya hidup masyarakat ke arah lebih mampan,” katanya.

Sumber: Bernama