Anthony Loke nafi bantuan khas RM1,000 pemandu teksi untuk ‘pancing undi’

LocalPolitics
26 Oct 2026 • 2:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anthony Loke nafi bantuan khas RM1,000 pemandu teksi untuk ‘pancing undi’

MELAKA – Menteri Pengangkutan Anthony Loke menafikan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 yang diberikan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di Melaka pada hari ini bertujuan “memancing undi” bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata sebaliknya, insentif berkenaan diberikan kepada semua pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di seluruh negara selepas diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Parlimen, baru-baru ini.

“Saya nak betulkan beberapa kenyataan dekat luar, ada yang tanya mengapa hanya di Melaka? Hakikatnya (pemberian bantuan khas kewangan) ini untuk semua pemandu teksi di seluruh negara, bukan di Melaka sahaja.

“Hari ini, saya (sampaikan bantuan khas kewangan) di Melaka, minggu lepas saya di Negeri Sembilan, minggu depan saya pergi Kedah pula, jadi di setiap negeri seluruh negara, pemandu teksi dan kereta sewa juga akan mendapat bantuan khas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah di Auditorium Kompleks CMI, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Sebanyak 283 pemandu teksi dan kereta sewa menerima baucar sumbangan bernilai RM1,000 setiap seorang pada majlis tersebut.

Mengulas lanjut, beliau berkata pada minggu ini sahaja, terdapat kira-kira 12,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah akan menerima bantuan khas kewangan tersebut bagi meringankan beban ditanggung mereka.

“Yang tidak sempat kita jemput untuk majlis, kita buat pemindahan ataupun bank-in melalui Electronic Fund Transfer (EFT). Bantuan ini tidak mengira tempat, selagi dia ada kad pemandu yang sah dan mereka sahkan kad pemandu itu dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), maka kita akan dapat daftar nama mereka dalam sistem dan akan diberi bantuan RM1,000.

“Bermula hari ini juga, ada lebih 12,000 nama yang akan kita kreditkan (bantuan khas kewangan) dalam akaun bank masing-masing … kita berharap bantuan ini dapat disalurkan secepat mungkin untuk meringankan beban mereka,” katanya. – Bernama

The post Anthony Loke nafi bantuan khas RM1,000 pemandu teksi untuk ‘pancing undi’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved