Anthony Loke tawar letak jawatan Menteri Pengangkutan

LocalPolitics
20 Sep 2026 • 6:50 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Anthony Loke tawar letak jawatan Menteri Pengangkutan

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung hampir tiga jam bermula pukul 3 petang semalam.

Jelasnya, tawaran peletakan jawatan hanya membabitkan dirinya sebagai anggota Jemaah Menteri, manakala wakil DAP lain kekal dalam kerajaan.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan tindakan politik DAP menyebabkan ketidakstabilan politik, selain memberi ruang kepada pihak tertentu menggugat kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setakat ini peletakan jawatan hanya membabitkan diri saya sebagai anggota Jemaah Menteri dan pemegang jawatan lain daripada DAP masih kekal dalam kerajaan.

“Anggota Jemaah Menteri lain yang mewakili DAP termasuk menteri, timbalan menteri serta pemegang jawatan lain akan kekal berada dalam kerajaan buat sementara waktu,” katanya dalam sidang akhbar mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) berhubung keputusan pengampunan bersyarat terhadap Najib di Ibu pejabat DAP semalam.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat hampir tiga jam bagi membincangkan perkembangan terbaharu berkenaan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semalam, Najib mendapat pengampunan bersyarat dengan beliau perlu menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk sekiranya membayar denda RM50 juta.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64.

Menurut Loke, DAP ba­gai­ma­napun menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, namun parti mempunyai pendirian berhubung keputusan tersebut yang sukar diterima DAP dan ramai rakyat Malaysia.

Katanya, DAP sejak awal memperjuangkan keadilan dan pertanggungjawaban berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta mahu pihak bertanggungjawab dikenakan hukuman setimpal.

“Saya akan mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat, namun memerlukan sedikit masa bagi menyelesaikan beberapa urusan tertunggak kementerian,” katanya. – MINGGUAN

The post Anthony Loke tawar letak jawatan Menteri Pengangkutan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved