Pengampunan bukan perkara baharu, jangan pertikai kuasa Agong! – Khaled Nordin

LocalPolitics
20 Sep 2026 • 1:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak wajar dijadikan ‘bola tanggung’ politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan berkenaan perlu difahami sebagai pengampunan bersyarat dan bukannya pengampunan penuh.

“Soal pengampunan ini bukan perkara baharu, banyak kes pengampunan telah dilakukan sama ada kes seseorang dihukum mati, dihukum penjara seumur hidup dan sebagainya.
“Tidak wajar mana-mana pihak dipertikaikan kerana merupakan kuasa serta hak mutlak Yang di-Pertuan Agong.
“Sama ada isu Najib ini, dijadikan alasan untuk mendapatkan mandat rakyat, saya rasa dalam pilihan raya ada isu-isu lain yang lebih besar,” katanya, hari ini.
Image from: Pengampunan bukan perkara baharu, jangan pertikai kuasa Agong! – Khaled Nordin

Kredit Foto: Sinar Harian

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, pengampunan bersyarat terhadap Najib Razak memberi ‘bola tanggung’ kepada Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi PRU16.

Hassan turut berpandangan dari sudut politik, Najib kini menjadi beban kepada UMNO dan juga Pas.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled menegaskan isu pengampunan Najib tidak mempunyai kaitan dengan soal pilihan raya atau usaha penyatuan orang Melayu kerana kedua-duanya merupakan perkara berbeza.

Katanya, isu penyatuan Melayu perlu dilihat dari sudut kedudukan dan kuasa politik orang Melayu yang didakwa semakin terhakis akibat perpecahan antara parti politik Melayu.

“Soal pilihan raya itu soal lain. Itu soal penyatuan Melayu. Itu soal orang Melayu merasakan bahawa walaupun banyak parti politik Melayu, kuasa politik Melayu semakin melemah.
“Tiada kena-mengena dengan soal ini. Ini soal Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan untuk Datuk Seri Najib dipenjarakan di rumah,” katanya.
Image from: Pengampunan bukan perkara baharu, jangan pertikai kuasa Agong! – Khaled Nordin

Kredit Foto: NAJMI NOR’AZAM/ Harian Metro

Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan syarat ditetapkan.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved