Anthony Loke tawar letak jawatan, wakil DAP lain dalam kerajaan kekal

LocalPolitics
19 Sep 2026 • 6:41 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Anthony Loke tawar letak jawatan, wakil DAP lain dalam kerajaan kekal

KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Menteri Pengangkutan Anthony Loke menawarkan diri untuk meletakkan jawatan susulan perkembangan pengampunan bersyarat yang membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman secara tahanan rumah.

Bagaimanapun, menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP akan kekal dalam kerajaan.

Perkembangan itu menyusuli mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan di ibu pejabat parti berkenaan hari ini, lapor Berita Harian.

Mesyuarat berkenaan dipercayai diadakan bagi membincangkan perkembangan berkaitan pengampunan bersyarat terhadap Najib.

Semalam, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan Najib mendapat pengampunan bersyarat yang membolehkannya menjalani baki hukuman secara tahanan rumah.

Pengampunan bersyarat berkenaan berkuat kuasa sehingga 23 Ogos 2028 dengan syarat Najib membayar denda RM50 juta.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Mesyuarat berkenaan berlangsung di Istana Negara.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memberi perkenan terhadap pengampunan bersyarat berkenaan.

Perkembangan itu kemudian membawa kepada mesyuarat tergempar CEC DAP hari ini sebelum pengumuman berhubung tawaran Loke untuk meletakkan jawatan dibuat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved