Anthony Loke tetap jalani tugas rasmi di China sebelum urus peletakan jawatan

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 11:28 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memaklumkan bahawa Anthony Loke akan meneruskan jadual program rasmi beliau di China bagi mewakili Malaysia pada Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan APEC ke-12 yang berlangsung di Beijing.

Image from: Anthony Loke tetap jalani tugas rasmi di China sebelum urus peletakan jawatan

Foto: NSTP

Sepanjang berada di Beijing, beliau turut dijadualkan mengadakan beberapa pertemuan dua hala selain menyaksikan pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU), termasuk MoU kerjasama dalam bidang pengangkutan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat China.

Kerjasama berkenaan meliputi beberapa sektor utama termasuk pengangkutan darat, rel, maritim, penerbangan dan logistik. Turut terlibat ialah MoU kerjasama keselamatan penerbangan antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Civil Aviation Administration of China (CAAC).

Menerusi MoU CAAM–CAAC itu, kerjasama merangkumi beberapa bidang termasuk kelayakan udara, pensijilan pertubuhan penerbangan, pelesenan kakitangan, pengawasan operasi serta pengiktirafan bersama terhadap dapatan dan sijil pematuhan.

Selepas menyelesaikan kesemua agenda rasmi di Beijing, Loke dijadualkan meneruskan perjalanan ke Shanghai bagi menyertai rombongan Perdana Menteri.

Artikel lain: Anthony Loke letak jawatan? PM Anwar belum sempat bincang, mahu jumpa dengar penjelasan

Beliau kemudiannya akan kembali ke Malaysia untuk menguruskan perkara berkaitan proses peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

Dalam pada itu, MOT memaklumkan kementerian akan terus memastikan segala urusan serta tanggungjawabnya berjalan seperti biasa secara profesional dan teratur.

Sumber: Berita Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved