Anthony sifatkan dakwaan Chegubard sebagai fitnah besar

LocalPolitics
5 May 2026 • 5:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anthony bercakap pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pas Bulanan MyPutrajaya dan MyKLIA anjuran Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) di KLIA Terminal 2, pada Selasa. Foto Bernama

SEPANG - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada Selasa menyifatkan dakwaan mengaitkan beliau dengan pemberian dana dalam jumlah besar kepada entiti yang didakwa sebagai haram dan mengaitkan perkara itu dengan kemelut institusi diraja di Negeri Sembilan sebagai fitnah besar.

Beliau berkata, laporan berhubung perkara itu juga telah dibuat oleh Setiausaha Politiknya, Ho Weng Wah semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.

"Dia (Chegubard) cuba mengaitkan saya (dengan) mengatakan saya memberikan dana kepada pihak-pihak yang cuba membuat kacau ataupun mengeruhkan keadaan institusi undang di Negeri Sembilan... ini satu fitnah besar," katanya.

Anthony berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan pas MyKLIA Monthly TravelCard dan MyPutrajaya Monthly TravelCard di KLIA Ekspres dan KLIA Transit di KLIA Terminal 2 di sini.

Menteri Pengangkutan itu berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan polis yang dibuat Weng Wah terhadap Chegubard, atau Badrul Hisham Shaharin, susulan satu hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, DAP kekal menyokong kepimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun dan tidak bersetuju dengan sebarang usaha untuk menukar Menteri Besar Negeri Sembilan itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved