Anthropic Claude Opus 4.7 Dilancarkan Dengan Keupayaan Kod dan Keselamatan Dipertingkatkan

Technology
17 Apr 2026 • 9:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anthropic melancarkan Claude Opus 4.7 dengan keupayaan menghasilkan kod dan mengesan kerentanan siber yang dipertingkatkan berbanding Claude Opus 4.6 tetapi masih tidak setanding dengan Mythos yang tidak boleh diakses secara terbuka.

Image from: Anthropic Claude Opus 4.7 Dilancarkan Dengan Keupayaan Kod dan Keselamatan Dipertingkatkan

Claude Opus 4.7 juga mempunyai kemampuan melakukan kejuruteraan dan tugasan yang memerlukan multip-langkah. Anthropic turut berkata hasil kerja model terkini juta lebih konsisten khususnya dalam tugasan berat. Dalam beberapa penanda aras kemampuan AI, Claude Opus 4.7 mencatatkan skor lebih tinggi berbanding Claude Opus 4.6, GPT 5.4 dan Gemini 3.1 Pro.

Selain itu ia juga mempunyai ciri mengesan percubaan eksploitasi siber bagi mengelakkan ia disalahgunakan. Data penggunaan Claude Opus 4.7 akan menjadi asas kepada sistem keselamatan Mythos apabila ia ditawarkan kepada umum kelak.

Tambahan lagi Claude Opus 4.7 juga mempunyai keupayaan menghasilkan elemen UI design dan aset visual yang lebih baik.