Anthropic, salah satu pesaing terdekat OpenAI melalui penawaran Claude AI mereka, kini dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk meraih suntikan dana berjumlah $2 bilion, sekaligus menilaikan firma kecerdasan buatan berkenaan sekitar $60 bilion.
Anthropic terkenal dengan penawaran chatbot Claude, dan turut digunakan meluas dalam membantu untuk menyelesaikan sejumlah tugasan termasuk pengaturcaraan. Sebelum ini, Anthropic telah menerima suntikan pelaburan daripada Amazon, berjumlah $8 bilion. Selain Amazon, antara pelabur lain dalam firma kecerdasan buatan Anthropic adalah termasuk Google.
Buat masa ini, pihak Anthropic masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi, dan dijangka melakukannya dalam masa terdekat.

