Bluesky Sedang Meraih Dana Pada Nilai Syarikat Sekitar $700 Juta – Kini Mempunyai Hampir 26 Juta Pengguna

TechnologyDigital
8 Jan 2025 • 9:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bluesky merupakan salah satu platform sosial yang sedang meningkat naik, terutamanya menjadi tumpuan bagi pengguna yang beralih dari X ke platform tersebut. Terbaru, ia dilaporkan Bluesky sedang meraih dana pelaburan baharu yang menilaikan syarikat sekitar $700 juta.

image is not available

Dengan rekaan lebih kurang seperti X, ia diposisikan sebagai alternatif untuknya – apatah lagi dengan pelbagai debat politik dan kandungan yang tidak begitu sihat dikongsikan melalui platform tersebut. Bluesky sendiri menawarkan pilihan kepada pengguna berkenaan pilihan algoritma pada garis masa, serta ciri lain yang dilihat lebih mesra pengguna.

Dengan angka pengguna hampir 26 juta, boleh dikatakan nilai $700 juta agak tinggi. Tetapi, dengan suntikan dana baharu kelak, ia mungkin membuatkan Bluesky perlu melihat kepada kaedah dalam menjana pendapatan, termasuk mungkin menggunakan pengiklanan pada platform tersebut.

Selain Bluesky, Threads telah mengatakan akan bereksperimen dengan paparan iklan dalam masa terdekat, sementara Daun masih beroperasi secara bebas pengiklanan.