
Kerajaan Amerika Syarikat kini mengarahkan Anthropic untuk menutup akses kepada model terbaru mereka, Fable 5 dan juga Mythos 5 kepada semua pengguna bukan warganegara Amerika Syarikat. Kerajaan Amerika dikatakan memetik hal berkaitan keselamatan kebangsaan dalam memberikan akses berkenaan.

Ini sekaligus membuatkan Anthropic serta-merta menutup akses kepada model berkenaan kepada semua pengguna mereka. Buat masa ini, model lain tidak terjejas dengan arahan kerajaan ini. Selain kepada pengguna, arahan baharu kerajaan Amerika juga turut mengatakan model terbaru berkenaan turut tidak boleh diakses oleh pekerja Anthropic yang bukan warganegara Amerika.
Anthropic mengatakan kerajaan Amerika tidak memberikan sebarang maklumat lanjut berkenaan apa yang dimaksudkan dengan kepada keselamatan kebangsaan melalui penawaran akses berkenaan. Anthropic turut menyatakan kerajaan sepatutnya mempunyai pilihan untuk menghalang sebarang penawaran yang berbahaya dan tidak selamat, tetapi proses berkenaan perlulah bergantung kepada fakta teknikal yang tepat, jelas, dan telus dalam arahan berkenaan. Namun, langkah kerajaan yang terbaru ini dikatakan tidak melalui atau mengikut prinsip berkenaan.



