Anthropic, pembangun model kecerdasan buatan janaan kini dilaporkan dimana sahamnya didagangkan pada pasaran sekunder pada nilai syarikat mencapai lebih $1 trilion. Nilai yang didagangkan pada pasaran skunder ini juga dilihat lebih tinggi berbanding dengan OpenAI.
Mengikut laporan sebelum ini, OpenAI dinilaikan sekitar $852 bilion pada suntikan dana pelaburan yang terbaru, tetapi pada pasaran sekunder, ia didagangkan pada nilai sekitar $880 bilion. Memandangkan syarikat ini adalah syarikat persendirian dan tidak disenaraikan awam, ramai yang membeli saham daripada pelabur sedia ada melalui pasaran sekunder.

Anthropic dilihat mempunyai penawaran yang baik, termasuk melalui Claude yang menyokong pembangunan, penganalisaan lebih baik, serta penggunaan untuk perusahaan. Malah, model baharu yang sedang diuji secara terhad bersama sejumlah syarikat, dinamakan model Mythos turut dilihat jauh dihadapan berbanding pesaing lain.
Buat masa ini, syarikat-syarikat berasaskan kecerdasan buatan janaan ini masih tidak menjana keuntungan bersih lagi, dan dinilaikan berasaskan teknologi, permintaan dan angka pengguna.






