Anthropic Lancarkan Claude Code Security – AI Mengesan dan Menampal Kerentanan Sekuriti

TechnologyDigital
21 Feb 2026 • 7:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anthropic memperkenalkan Claude Code Security hari ini di dalam Claude Code dengan ia dilancarkan dengan tujuan membantu pasukan keselamatan mengesan dan membaiki kelemahan kod yang sukar dikesan oleh alat tradisional.

image is not available

Claude Code Security mengimbas keseluruhan pangkalan kod untuk mencari kelemahan dan mencadangkan tampalan kerentanan pada perisian yang perlu dilakukan tetapi semuanya direka untuk semakan dan pelaksanaan oleh manusia. Ini menyelesaikan satu itu yang wujud di era sempoicara (vibe codig) dimana kod yang ditulis oleh AI didapati mempunyai pelbagai isu kerentanan yang disedari oleh pengarturcara yang kurang berpengalaman.

Pembangunan Claude Code Security Dibina adalah hasil penyelidikan lebih setahun oleh Frontier Red Team Anthropic dengan kerjasama Pacific Northwest National Laboratory. Dengan model Claude Opus 4.6, pasukan menemui lebih 500 kerentanan dalam projek sumber terbuka termasuk pepijat yang wujud selama beberapa dekad. Anthropic menjangka sebahagian besar kod perisian dunia akan diimbas oleh AI dalam masa terdekat.

Claude Code Security kini boleh digunakan pelanggan Enterprise & Team melalui program research preview. Penyelenggara perisian sumber terbuka juga boleh memohon akses percuma hari ini.