
Anthropic kini mengeluarkan amaran keselamatan siber melibatkan perkembangan kecerdasan buatan janaan. Melaluinya, Anthropic menyatakan dalam masa beberapa bulan lagi, model AI boleh klon akan diri mereka, dan menyebarkan diri rentas internet melalui pelbagai peranti berhubung seperti Android TV, peti sejuk pintar, ketuhar pintar dan sebagainya.
Melalui perkongsian Anthropic, mereka menyatakan terdapat kemungkinan yang model AI boleh menjadi hilang kawalan seterusnya klon diri dan rentas melalui pelbagai kaedah, termasuk melalui pusat data, sekaligus memfokuskan kepada perkembangan dan penyebaran model berkenaan. Perkara ini juga akan membuatkan ia sukar untuk dimatikan kerana tersebar rentas peranti berhubung.
Perkongsian ini hadir selari dengan beberapa amaran sebelum ini menyatakan terdapat senario yang model AI boleh membuat rampasan pada internet, atau berfungsi sebagai botnet.
Beberapa pakar keselamatan siber menyatakan perkara ini mungkin jauh lagi memandangkan model AI memerlukan kuasa pemprosesan tinggi untuk beroperasi secara kendiri, dan kuasa perkomputeran pada hari ini mungkin tidak mencukupi. Namun, pada masa yang sama, terdapat sejumlah model AI yang dilihat telah hilang daripada kawalan dan melakukan pengodaman beberapa perkhidmatan dan web.
Anthropic menyatakan dengan model kecil yang berkembang pesat kebelakangan ini, keupayaan untuk melakukan pengklonan kendiri ini mungkin dicapai seawal penghujung 2026 ini. Buat masa ini, perkongsian ini dilihat lebih kepada perkongsian kemungkinan dan bukannya ramalan ia akan berlaku.




