Nothing Dilaporkan Sedang Bangunkan Kaca Mata Pintar Dengan Integrasi ChatGPT

TechnologyDigital
15 Oct 2026 • 12:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nothing sedia dikatakan sedang membangunkan kaca mata pintar, selari peralihan pelbagai jenama lain yang turut bersaing dalam arena sama. Kaca mata pintar juga dilihat peralihan seterusnya bagaimana pengguna akan menggunakan peranti mereka berbanding penggunaan telefon pintar pada hari ini.

Nothing kini diperkatakan sedang mempersiapkan dua variasi kaca mata pintar dibawah mereka. Yang pertama dilihat akan menawarkan ciri asas dengan integrasi audio – membolehkan pengguna menggunakan kaca pata pintar berkenaan untuk memainkan audio atau berinteraksi dengan pembantu AI.

Image from: Nothing Dilaporkan Sedang Bangunkan Kaca Mata Pintar Dengan Integrasi ChatGPT

Sementara satu lagi model yang sedang dibangunkan adalah yang turut menyertakan kamera padanya, membolehkan ia digunakan untuk rakaman, selain pada masa yang sama dikatakan akan mengintegrasikan ciri ChatGPT bersama dengannya.

Buat masa ini, info awal ini hadir daripada maklumat yang tertiris awal, dan berkemungkinan produk akhirnya berbeza. Dengan perkembnagan ini juga, semestinya ramai yang akan menantikan rekabentuk kaca mata pintar Nothing sendiri, dan adakah mereka akan mengekalkan elemen rekaan seperti pada telefon pintar dan produk mereka yang lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved