Anthropic Menerima Amaran Pentagon Kerana Tidak Membenarkan AI Digunakan Bagi Tujuan Ketenteraan

WorldTechnology
25 Feb 2026 • 10:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Inisiatif GenAI.mil dimulakan oleh Pentagon bagi menggunakan model-model kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan entiti dari Amerika Syarikat bagi kegunaan ketenteraan. Setakat ini  Google dan xAI adalah dua syarikat yang telah disambung kontrak selepas membenarkan AI mereka digunakan bagi tujuan ini. Namun begitu lain pula situasinya dengan Anthropic.

image is not available

Setiausaha Jabatan Peperangan Amerika, Pete Hagseth memberikan amaran kepada Anthropic untuk mengikuti langkah Google dan xAI. Dalam pertemuan dengan CEO Anthropic, Daniel Amodei telah diberikan sehingga hari Jumaat untuk membenarkan model AI mereka digunakan Pentagon pada sistem penyasaran senjata autonomi dan pemantauan domestik.

Sekiranya masih menolak, kerajaan Amerika Syarikat boleh melabel Anthropic sebagai risiko rantaian bekalan atau meminta Pentagon menggunakan Akta Pengeluaran Pertahanan, yang akan memaksa Anthropic mengubah peraturannya.

Dengan AI kini menjadi trend global, penggunaannya dalam semua faset pentadbiran kini dipercepatkan di beberapa negara. Di Amerika ia dilihat sebagai cara untuk memberikan kelebihan berbanding negara musuh seperti Rusia, Iran dan China. Menerusi Inisiatif GenAI.mil, AI akan dimanfaatkan bagi melakukan tugasan yang lebih cekap dan bersedia untuk peperangan selari dengan Pelan Tindakan AI yang diumumkan Rumah Putih tahun lalu.