Google Dan Shopee Akan Teroka Pembangunan Prototaip Ejen AI Untuk Beli-Belah

TechnologyBusiness & Finance
19 Feb 2026 • 11:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google dan Sea Ltd kini mengumumkan kerjasama melibatkan kecerdasan buatan, meliputi beberapa produk dibawah Sea Ltd. Untuk makluman, Sea Ltd merupakan syarikat induk sebalik Shopee dan juga Garena.

Dibawah kerjasama ini, Google dan Shopee akan membangunkan ejen AI untuk tujuan membeli-belah. Untuk makluman, pada hari ini kita sedia menggunakan perkhidmatan kecerdasan buatan seperti ChatGPT dan Gemini untuk tujuan bersoal-jawab. Bergerak kehadapan, Google telah mula mengintegrasikan sokongan membeli terus melalui Gemini, dan dengan kerjasama Shopee, ia akan memudahkan perkara berkenaan dikembangkan di rantau ini.

Seperti ramai sedia maklum, Shopee merupakan antara nama besar dalam edagang di rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Sekiranya semua berjalan lancar, kita mungkin melihat pengguna boleh bertanyakan berkenaan sesuatu perkara kepada Gemini, meminta cadangan barangan atau produk, dan seterusnya melakukan pembelian terus di Gemini. Google pada awal tahun ini telah mengumumkan penyelesaian dan integrasi untuknya dibawah apa yang mereka namakan sebagai UCP (Universal Commerce Protocol).

image is not available

Sebelum ini sendiri, Google melalui YouTube telah bekerjasama dengan Shopee dalam mengintegrasikan sokongan ciri sekutu, sekaligus memudahkan penerbit kandungan YouTube menjana pendapatan tambahan melalui penyenaraian barangan Shopee pada video-video mereka. 

Selain kerjasama untuk edagang, Google juga akan menawarkan sejumlah penyelesaian kecerdasan buatan dalam memudahkan Garena membangunkan permainan video.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved