Anthropic Umum Claude 2.1 – Boleh Memproses Prom Sepanjang 500 Muka Surat

TechnologyDigital
22 Nov 2023 • 12:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anthropic telah melancarkan model kecerdasan buatan baharu mereka iaitu Claude 2.1 yang akan menguasakan perkhidmatan AI generatif mereka iaitu Claude.ai. Selepas ramai pengguna meminta sokongan memproses data yang lebih panjang, Claude 2.1 kini menyokong pemprosesan 200,000 token konteks atau dengan bersamaan prom sepanjang 500 muka surat (150,000 patah perkataan). Ini adalah lebih hebat berbanding kemampuan GPT-4 Turbo yang hanya menyokong 128,000 token konteks/prom 300 muka surat.

image is not available

Claude 2.1 turut menjamin yang kadar halusinasi mereka adalah dua kali ganda lebih rendah dalam memberikan jawapan salah berbanding model Claude 2.0. Ini secara tidak langsung menjamin kepada pengguna yang respons yang diterima adalah lebih tepat.

Sokongan untuk proses, produk dan API pengguna juga ditawarkan dalam bentuk Beta pada waktu ini selepas menjadi antara ciri yang paling diminta. Ini memberikan kemampuan menjawab soalan berdasarkan pangkalan data atau melakukan carian web menerusi API. Mengarahkan Claude 2.1 menggunakan kalkulator untuk melakukan perkiraan kompleks juga boleh dilakukan menerusi ciri Beta ini.

Kemas kini baharu ini sedia digunakan oleh semua pengguna percuma, tetapi memproses sehingga 200,000 patah perkataan terhad kepada pelanggan Claude Pro sahaja.