Anuar Faizal Hasilkan Rekaan Fesyen Inspirasi Orang Asli - "Saya Bukan Perosak Budaya"

12 Oct 2023 • 5:44 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pereka fesyen, Anuar Faizal tampil menjelaskan inspirasi sebenar koleksi baharunya, Mah Meri x Anuar Faizal x Keretapi Sarong selepas menerima kecaman segelintir warganet baru-brau ini.

Anuar berkata, inspirasi koleksi baharunya diambil daripada budaya kaum Orang Asli itu sendiri yang telah diiktiraf UNESCO selain mahu memartabatkan kaum Mah Meri yang semakin terpinggir dan hidup dalam keadaan kekurangan.

Jelasnya, pertunjukkan fesyen yang dihadiri ramai pempengaruh itu juga sekali gus dapat membuka mata pelbagai pihak tentang kewujudan kaum pribumi tersebut selain dapat menyebar ilmu dan informasi.

“Sebagai penggiat seni, ini sangat penting untuk mengangkat kesedaran sivik masyarakat tempatan supaya budaya dan kraf Mah Meri dapat dikenal kembali dan tidak pupus ditelan zaman.

“Mungkin segelintir merasa sensitif apabila sesuatu budaya itu diberi suntikan fesyen. Mereka harus akui bahawa usaha seperti ini adalah penting untuk menjana ekonomi mereka dalam arus permodenan. 

“Budaya yang semakin pupus itu diberi nafas baharu tanpa melanggar sebarang pantang larang. Orang Asli sulit untuk mendapatkan akses ke peradaban yang lebih maju bahkan mereka juga kurang menikmati teknologi yang ada saat ini,” kongsinya.
 
















image is not available