Anugerah ‘Gempak Most Wanted 2024’ Milik Anna Jobling 

EntertainmentMusic
24 Feb 2025 • 7:03 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anna Jobling

Anna Jobling muncul sebagai pemenang anugerah ‘Gempak Most Wanted 2024’ (GMWA) buat tahun kedua selepas meraih 4.9 juta undian daripada para peminat dan pengguna media sosial. 

image is not available

Selain mempertahankan statusnya sebagai pemilik GMWA, Anna yang juga seorang turut memenangi anugerah ‘Selebriti Tergempak 2024’, serta anugerah ‘Drama Tergempak 2024’ menerusi lakonannya dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah.

Sementara itu, GMWA24 turut mempersembahkan anugerah khas ‘Kluang Man of The Year’ kepada pempengaruh yang juga aktivis masyarakat, Abbe Hae.

image is not available

Anugerah khas itu diwujudkan sebagai tanda penghargaan kepada individu yang banyak membantu komuniti.

Malam kemuncak Gempak Most Wanted Awards 2024 berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam dan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti, pencipta kandungan digital serta peminat industri hiburan tanah air. 

Acara tersebut dikendalikan trio pengacara hebat, Sean Lee, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson.

Berikut adalah senarai pemenang untuk semua kategori yang dipertandingkan di GMWA24.

1. Selebriti Tergempak – Anna Jobling

2. Digital Creator Lifestyle Tergempak – Amin & Abid Othman

3. Digital Creator Beauty & Fashion Tergempak – Sofea Shra

image is not available

4. Digital Creator Foodie Tergempak – Khairul Aming

5. Digital Creator Entertainment Tergempak – Ryan Bakery

image is not available

6. Digital Creator E-Sport Tergempak – Pok Ro

7. Digital Creator Motivation & Education Tergempak – Fathi Hussein

8. Drama Tergempak – Syurga Itu Bukan Mudah

9. Lagu/ Audio Tergempak – Cinta Tak Pernah Tepat Waktu (Aina Abdul ft Fabio Asher)

10. Video Muzik Tergempak – Belum Mulai (Insomniacks & Nabila Taqiyyah)

image is not available

11. Program Digital Tergempak- PodcaSterk Keputusan SPM 7G. - Getaran, 24 Februari 2025

Foto : Astro