#GMWA24: Azfar Heri Bangga Dengan Khairul Aming - “Tak Ada Rasa Dengki Mahupun Perasaan Negatif…”

24 Feb 2025 • 8:00 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial, Azfar Heri berasa bangga dengan sahabatnya Khairul Aming yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Digital Creator (Foodie) Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024 yang berlangsung pada Ahad.
 

Tak dengki dengan Khairul Aming

Menurut Azfar, tidak timbul sebarang perasaan negatif dengan kejayaan demi kejayaan yang dicipta oleh Khairul Aming sebaliknya dia sentiasa memberikan sokongan kepada sahabatnya itu.

“Sudah tentu saya berasa sangat gembira dan bangga, walaupun kawan-kawan sendiri, kami sama-sama memberikan sokongan antara satu sama lain.

“Tak ada timbul rasa dengki atau perasaan negatif, memang tak ada sebab perasaan itu lebih daripada gembira apabila kita tengok sahabat kita itu berjaya dari satu tahap hingga ke satu tahap yang lain,” ujarnya. 

 

Azfar berkata demikian ketika ditemui Gempak selepas acara Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA24) yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam pada Ahad.

 

 

 

 

Ada sebab Khairul Aming tak dapat hadir

Mengulas mengenai kehadirannya di GMWA24, Azfar berkata dia hadir bagi mewakili sahabat baiknya, Khairul Aming.

“Sudah tentulah saya gembira untuk Khairul Aming dengan kemenangan itu, dia minta saya hadir sebagai wakil dirinya.

“Dia tidak dapat hadir kerana jadualnya yang sangat padat sebab tidak lama lagi kita bakal menyambut puasa.

 

“Jadi saya okay sahaja, saya akan lakukan apa sahaja untuk sahabat saya sebab bagi saya sokongan daripada kawan-kawan itu adalah penting.

“Saya sentiasa berada di samping sahabat saya sekiranya mereka memerlukan,” jelasnya.

Untuk info, Khairul Aming dinobatkan sebagai penerima Anugerah Digital Creator (Foodie) Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024 dengan 65.09 peratus undian. 

Khairul Aming yang juga seorang usahawan terkemuka itu berjaya menambat hati peminat dengan video-video masakan yang berkualiti tinggi. 

Khairul Aming menewaskan empat pencabar lain iaitu Capikkkkkk, Che Sayang Kitchen, Hazwan Ramli, dan Syiqin Azrin.