
ANUGERAH Lagu Sabahfm 2025 musim kedua anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah menawarkan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai RM48,000.
Bertempat di Dewan Hongkod Koisaan KDCA Penampang pada 10 Julai ini acara berprestij itu bertujuan memartabatkan lagu-lagu etnik Sabah selain menggalakkan penghasilan karya seni baharu.
Timbalan Pengarah Penyiaran Sabah Ts Cyril Simon berkata jumlah hadiah ditawarkan meningkat RM20,500 berbanding RM27,500 ketika edisi pertama pada tahun 2023.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Juara Anugerah Lagu SABAHfm 2025 bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM6,000 manakala pemenang kategori Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik dan Penulis Lirik Terbaik masing-masing akan membawa pulang RM2,000.
“Juara bagi kategori etnik Kadazan, Bajau, Murut dan Dusun pula akan menerima RM4,000 setiap kategori sementara naib juara akan membawa pulang RM3,000, dan tempat ketiga RM2,000 bagi setiap kategori,” katanya ketika sidang media pada Isnin.
Mengulas lanjut beliau menjelaskan anugerah yang berkonsepkan hiburan persembahan pentas berkenaan bakal diiringi oleh gabungan pemuzik dari Lorsama Orkestra Angkasapuri dan Kombo RTM Sabah sekali gus memberi warna kepada acara yang dinanti-nantikan peminat muzik etnik tempatan.
Menurutnya sebanyak 12 lagu terbaik akan dipertandingkan dipilih dari tempoh Mei 2024 hingga Mei 2025 termasuk tiga lagu terbaik daripada setiap bahasa iaitu Kadazan, Bajau, Murut, dan Dusun.
Beliau berkata pemilihan dibuat berdasarkan kualiti rakaman, tempo serta susunan muzik oleh panel penilai RTM Sabah.
“Anugerah Lagu SABAHfm 2025 akan disiarkan secara langsung menerusi Siaran Murut dan turut boleh ditonton melalui penstriman langsung di aplikasi RTM Klik, Facebook RTM Sabah dan SABAHfm.
“Selain itu ia juga akan disiarkan serentak di empat stesen radio iaitu Sabahfm, Tawaufm, Sandakanfm, dan Keningaufm.
“Antara finalis yang bakal bersaing merebut gelaran juara termasuk Lyron Felix, Presley Petrus, serta Elden Isos & Esther D. Kimsrong (Kategori Kadazan); Rozainie Rozali, Tantiana Tukiman dan Mohammad Hud Lufti Jamail (Bajau); Syamson Tingkalur & Afiezal Fahmi Inggu, Anjee Afirra Laijih, dan Sitipah Jahamin (Murut); serta Wirona Malun, Norzizi Safira Iddy, dan James Sami (Dusun),” katanya.
Majlis bakal dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebagai tetamu kehormat.


