
PUTRAJAYA – Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 tiba di kemuncaknya apabila drama berjudul Selampai Labung oleh Danny Alamsyah Adriansyah memenangi Drama TV Terbaik dengan membawa pulang trofi kemenangan, hadiah wang tunai bernilai RM5,000 dan Dana Kandungan Kreatif (DKK) berjumlah RM200,000.
Majlis penuh prestij dan meriah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan kehadiran Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil.
Dokumentari berjudul Di Sebalik Bayangan Harimau oleh Baharunnurdalila Baharuddin memenangi Anugerah Dokumentari TV Terbaik dengan merangkul trofi, hadiah wang tunai bernilai RM5,000 dan DKK berjumlah RM150,000.
ASA 2026 turut menyaksikan YBhg. Dato’ Rahim Razali dinobatkan sebagai Tokoh Seri Angkasa, manakala Kumang and the Ungrateful Phyton oleh Khiu Siaw Fong pula telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Juri.
Pemenang bagi kategori lain turut menerima hadiah kemenangan yang disediakan oleh Kementerian Komunikasi, berupa trofi dan wang tunai berjumlah RM5,000.00 bagi setiap pemenang.
Sebanyak 60 kategori dipertandingkan meliputi 40 kategori televisyen, 17 kategori radio dan tiga kategori media baharu. Selain itu, dua kategori khas iaitu Anugerah Khas Juri dan Tokoh Seri Angkasa.


Mengangkat tema “Segalanya Bermula di Sini”, ASA 2026 menerima sebanyak 1,601 pencalonan merangkumi 1,106 pencalonan bagi kategori televisyen, 421 bagi kategori radio dan 74 bagi kategori media baharu.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah; Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Ashwad Ismail; Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, YBhg. Datuk Bahria Mohd Tamil; Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia, Encik Erwin Khairul Ahmad; pengurusan kanan kementerian, para penaja, penggiat industri penyiaran, penerbit, pengamal media serta pemain industri kreatif negara.
Berikut adalah senarai pemenang ASA 2026:
Anugerah Khas
Anugerah Khas Juri: Khiu Siaw Fong, Kumang and the Ungrateful Phyton
Tokoh Seri Angkasa: YBhg. Dato' Rahim Razali
Kategori Televisyen (40)
Animasi Tempatan TV Terbaik: Amirul Afiq Hussain, Lauk Ka Indai (Sarawak Media Group, TV Sarawak)
Audio Rancangan TV Terbaik: Ibrahim Ismail, Project: Exit (Astro, Astro Citra)
Bicarawara TV Terbaik: Mohammed Shahril Sarapudin, Bicara Naratif: Budaya Buli #YouTouchYouGo (RTM, RTM Berita)
Buletin TV Terbaik: Saberi Abdul Malek & Norazlina A'ala, Buletin Utama (Media Prima Berhad, TV3)
Drama Bersiri TV Terbaik: Astro Shaw, Generasi: Perfect 10 (Astro, Astro Ria)
Drama TV Terbaik: Danny Alamsyah Adriansyah, Selampai Labung (RTM, TV1)
Dokumentari TV Terbaik: Baharunnurdalila Baharuddin, Di Sebalik Bayangan Harimau (RTM, TV1)
Grafik TV Terbaik: Nurainina Arina Mohd Fauzi, AWANI 745: Rangkuman Nahas Helikopter TLDM (Kapsul) (Astro, Astro Awani)
Hiburan Muzikal TV Terbaik: Mohd Jamira Ramli, Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) (Media Prima Berhad, TV3)
Jurukamera TV Multi Camera Production (MCP) Terbaik: Fairul Yusoff, Mohd Rasmadi Man, Abdul Aziz Husain, Mohd Azimeen Aziz, Muhammad Ruzaini Sukian, Mohamad Azharie Razali dan Mohd Afiq Abidin, Siaran Langsung Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2025 (RTM, TV1)
Jurukamera TV Single Camera Production (SCP) Terbaik: Rishigeysannambiar Sivasangaram, Majalah 3: Stadium Merdeka, Saksi Cerita Kita (Media Prima Berhad, TV3)
Kesan Khas TV Terbaik: Asrulhisyam Ahmad, Srikandi (RTM, TV1)
Komedi TV Terbaik: Ain Suhada Ahmad, Ro Bin Hud (Sarawak Media Group, TV Sarawak)
Laporan Khas Berita TV Terbaik: Nur Hanisa Hasanuddin, Kurma dari Israel (Al Hijrah Media Corporation, TV Alhijrah)
Liputan Berita TV Terbaik: Nor Ain Abu Bakar, Kilang Kitar Semula Guna Bahan Jijik (RTM, TV1)
Liputan Khas Siaran Langsung Terbaik: Nur Ashidah Abdul Hamid, Majlis Pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 (RTM, RTM Sukan)
Liputan Sukan TV Terbaik: Sollehhuddin Hemsani, Sepak Takraw Piala Asia Akhir Kategori Regu (Astro, Astro Arena)
Majalah TV Terbaik: Hartina Ayu Harun, Jom Dive (Musim 2) (Episod 1) (RTM, Okey)
Montaj TV Terbaik: Mohd Husinnudin Mohd Mohyi, Melodi (Media Prima Berhad, TV3)
Pelakon Komedi TV Terbaik: Zahiril Adzim, Ramadan I Miss You (Media Prima Berhad, TV3)
Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik: Siti Elizad Mohd Sharifuddin, Detik Waktu (RTM, Okey)
Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik: Harun Hashim, Bilal dan Abah (Al Hijrah Media Corporation, TV Alhijrah)
Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik: Muhammad Dzul Hadziq Mohamad Zamri, Lukisan Hati Umar (Media Prima Berhad, TV3)
Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik: Azhan Abdul Rani, Wok (TM Technology Services, UniFi TV)
Pelakon Wanita Drama TV Terbaik: Noorkhiriah Ahmad Shapie, Seribu Tahun (Astro, Astro Ria)
Penataan Cahaya TV Terbaik: Nageswaran Ramanujem, AJL39 (Media Prima Berhad, TV3)
Pengacara TV Terbaik: Muhammad Dinnie Asyraf Salim, Pindaan Akta 134 Orang Asli (Bernama, Bernama TV)
Pengarah Drama TV Terbaik: Bade Hj Azmi, Dosa Tak Terampun (RTM, TV1)
Pengulas TV Terbaik: Ismail Adnan, Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 (RTM, RTM Berita)
Pengimbangan Muzik TV Terbaik: Mohd Zaidi Mohamed Taib, AJL39 (Media Prima Berhad, TV3)
Penyampai Berita TV Terbaik: Otto Md Tahir @ Othman, World Today (RTM, TV2)
Pesanan Khidmat Awam (PSA) & Kapsul TV Terbaik: Syahrul Iman Ibrahim, Kapsul Hari Kebangsaan 2025 "Suara yang Hilang" (RTM, RTM Berita)
Rancangan Agama TV Terbaik: Mohammed Shahril Sarapudin & Nuraishah Mohd Yusof, Salam Baitullah Khas Aidiladha 2025 (RTM, TV1)
Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik: Razliza Abdul Razak, Junior Innovathon Episod 5 (RTM, TV1)
Rancangan Sukan TV Terbaik: Eiman Eqmal Emran, Bola Itu Life: Persib Bandung (Astro, Astro Arena)
Set TV Terbaik: Muhamad Hafizan Muhammad Noor, AJL39 (Media Prima Berhad, TV3)
Skrip Drama TV Terbaik: Ahmad Abror Haji Muhammad Rivai, Kalam Murabbi (Al Hijrah Media Corporation, TV Alhijrah)
Suntingan Rancangan TV Terbaik: Ooi Poh Sheng, Call Me Handsome – Edisi Hari Malaysia (Astro, Astro Ria)
Tatarias TV Terbaik: Mohd Sharil Mahat, Citra Reka Busana (RTM, TV2)
Wartawan TV Terbaik: Ahmad Fahmi Izzuddin Ahmad Tajuddin, Buletin Utama: [Laporan Khas] Isu Pemerdagangan Manusia (Media Prima Berhad, TV3)
Kategori Radio (17)
Bicarawara Radio Terbaik: Raifanabillah Zulkifli, Mengubah Naratif Mengenai Bunuh Diri (Bernama Radio)
Buletin Radio Terbaik: Puteri Rosli, Prime at 1 (RTM, Traxx FM)
Dokumentari Radio Terbaik: Norafidah Mohd Yunus, Piring Hitam Khazanah Irama Merdeka (RTM, Radio Klasik)
Drama Radio Terbaik: Chan Chee Hong, Semua Bermula dengan Kematian (All Begin with Death) (Star Radio Group, 988 FM)
Hiburan Radio Terbaik: Ranlah @ Ramlah Othman, Konsert Gagar Merdeka KeEhoi 2024 (RTM, Sabah FM)
Liputan Berita Radio Terbaik: Nurul Hidayah Md Nawai, Siaran Khas Sambutan Hari Kebangsaan 2025 (RTM, Nasional FM)
Majalah Radio Terbaik: Nurliyana Farhah Ruslan, Dirgahayu Tuanku: Daulat Memayungi Negara, Budi Mengakar di Hati Jelata (Bernama Radio)
Pelakon Drama Radio Terbaik: Fadilah Mansor, Hujan Teduh (RTM, Nasional FM)
Pelakon Pembantu Drama Radio Terbaik: Nik Hasnah Ismail, Demi Kasih (IKIM, IKIM FM)
Pengimbangan Audio Radio Terbaik: Nur Liyana Mohd Nazim @ Mohd Nazam, Sirah Rasulullah Episod 17 – Tahun Dukacita (RTM, Pahang FM)
Pengulas Radio Terbaik: Anil Kumar Alagu, Final Day Report from the 21st Royal Langkawi International Regatta (RTM, Traxx FM)
Penyampai Berita Radio Terbaik: Stephany Yu Sook Theng, Berita Jam Pagi (Star Radio Group, 988 FM)
Penyampai Radio Lelaki Terbaik: Mohd Azlan Omar, Terkenang Dulu Dulu (Jenis-Jenis Hukuman Mak Ayah Zaman Dulu) (RTM, Radio Klasik)
Penyampai Radio Wanita Terbaik: Nurul Hidayah Md Nawai, Siaran Langsung Sambutan Hari Kebangsaan 2025 (RTM, Nasional FM)
Pesanan Khidmat Awam (PSA) dan Kapsul Radio Terbaik: Norhaslinda Hassim, Sumud Cahaya di Tengah Kegelapan Gaza (RTM, Johor FM)
Rancangan Agama Radio Terbaik: Nur Liyana Mohd Nazim @ Mohd Nazam, Sirah Rasulullah Episod 17 (RTM, Pahang FM)
Skrip Drama Radio Terbaik: Mohd Rohizan Ramli, Syawal yang Terluka (RTM, Perlis FM)
Kategori Media Baharu (3)
Drama/Drama Bersiri/Drama Mikro Terbaik: Nik Amir Hafiz Nik Mustapha, BRU (Media Prima Berhad, Tonton)
Video Pendek Terbaik: Tanisraju Soorinarayanan, Malay Kampung in Australia (2025) (BFM Media, BFM)
Podcast Terbaik: Norhaffizah Razak, Bukan Maksum (IKIM, TVIKIM)
Hadiah utama
Drama TV Terbaik: Trofi, RM5,000 dan Dana Kandungan Kreatif (DKK) RM200,000
Dokumentari TV Terbaik: Trofi, RM5,000 dan DKK RM150,000
Kategori lain: Trofi dan RM5,000 setiap pemenang





