Anugerah Tokoh ASA2026 milik Rahim Razali, terima Proton e.Mas7

LocalEntertainment
25 Oct 2026 • 12:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anugerah Tokoh ASA2026 milik Rahim Razali, terima  Proton e.Mas7

PUTRAJAYA – Pengalaman lebih enam dekad sebagai anak seni serba boleh melayakkan aktor Datuk Rahim Razali menerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2026 pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA2026) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam tadi.

Rahim, 87, membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, pakej percutian, dana daripada CIMB Bank RM8,000 dan sebuah kereta jenama Proton e.Mas7 serta trofi.

Anugerah tertinggi ASA2026 itu disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Menurut Rahim yang juga sutradara dan pengulas sukan, pengiktirafan yang diterimanya itu diharapkan dapat memberi inspirasi kepada pengkarya seni tempatan dalam usaha memartabatkan lagi industri kreatif Malaysia.

“Salam kegemilangn, syukur alhamdulillah. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi.

“Satu-satunya anugerah yang sangat saya hormati dan sanjungi, diberikan pula kepada saya.

“Saya rasa amat bertuah menerima anugerah ini selepas berpuluh tahun berkhidmat ,” katanya yang pernah menghasilkan 10 filem.

Suara emasnya juga antara yang menemani peminat sukan tanah air selama 41 tahun sebagai pengacara program sukan.

Dua tahun lalu, trofi sama diberikan kepada sutradara veteran, Othman Hafsyam.

Sementara itu, Anugerah Khas Juri diberikan kepada pencipta kandungan animasi, Khiu Siaw Fong sekali gus melayakkannya membawa pulang wang tunai RM8,000 serta barang kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM20,000.

Siaw Fong yang membawa pulang trofi tersebut menerusi karya animasi Kumang And The Ungrateful Phyton terbitan TVS turut menerima sebuah kereta jenama Perodua QV-ERM.

ASA2026 yang bertemakan Segalanya Bermula Disini dihoskan Datuk Aznil Nawawi dan Sherry Alhadad turut dimeriahkan dengan persembahan hebat artis ternama tanah air termasuk Ning Baizura, Aisha Retno, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan Salamiah Hassan. – KOSMO! ONLINE

The post Anugerah Tokoh ASA2026 milik Rahim Razali, terima Proton e.Mas7 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved