Anwar Amzah mahu fokus kerjaya, tak layan kontroversi jalin hubungan dengan isteri orang

EntertainmentLifestyle
4 Jun 2025 • 4:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi Anwar Amzah, 27, mahu kekal komited menghasilkan karya seni biarpun pernah terpalit dengan kontroversi menjalinkan hubungan bersama penyanyi terkenal berstatus isteri orang.

Anwar Amzah mahu fokus kerjaya

image is not available

Foto: Harian Metro

Anwar berkata, dirinya mahu lebih profesional dengan tidak mahu mengambil serius kontroversi tersebut kerana menganggap ia sekadar fitnah dan mendedahkan masih berhubung rapat bersama penyanyi itu serta suaminya dalam industri seni ini.

“Saya tidak menghalang kontroversi yang datang, sebab industri muzik ini sangatlah kecil dan saya sering berjumpa mereka apabila melibatkan hal kerja, saya memang tak pernah layan gosip sebegini.

“Saya sangat profesional dalam pekerjaan dan kontroversi itu hanya tuduhan. Buat individu yang melakukan fitnah ini saya harap boleh untuk memperbaiki diri,” katanya selepas pelancaran lagu dan muzik video berjudul Imaginasi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Selasa.

Pemuzik itu turut menyatakan impian bergelar seorang penyanyi tidak pernah terhenti biarpun berdepan kontroversi yang mencalarkan reputasinya sebagai seorang pengiat seni yang baru sahaja mahu mula menempa nama.

image is not available

“Kontroversi itu tidak akan menghalang cita-cita saya untuk menjadi penyanyi. Saya tak malu pun. Saya hendak buat muzik atau main gitar, saya tetap buat.

“Saya tak fikir kontroversi ini menjejaskan kerjaya saya,” katanya.

Terdahulu, Anwar menafikan tuduhan menjadi orang ketiga dalam hubungan rumah tangga penyanyi terbabit sebaliknya menjelaskan tujuan memasuki industri muzik hanya mencari rezeki yang halal.