
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan ada berita baik bakal diumumkan kepada rakyat selepas kerajaan selesai mengadakan mesyuarat khas berkaitan isu elektrik yang berlangsung di Bangunan Perbendaharaan, di sini hari ini.
Menurut Anwar, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
“TNB dah selesai, akan keluarkan kenyataan segera okay? It’s a good news (ia ialah berita baik),” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di sini tadi.
Terdahulu Anwar mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang turut sertai oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Turut hadir, pengurusan tertinggi Kementerian Kewangan, pengurusan kanan TNB dan Suruhanjaya Tenaga.
Mesyuarat berkenaan menjadi perhatian susulan kebimbangan pengguna terhadap peningkatan bil elektrik, khususnya membabitkan penggunaan elektrik yang tinggi serta pelaksanaan mekanisme pelarasan kos bahan api secara automatik (AFA). – KOSMO! ONLINE
The post Anwar beri bayangan ada berita baik isu tarif elektrik appeared first on Kosmo Online.





