Pengecualian AFA Diperluas Bagi Penggunaan Elektrik Sehingga 800 kWj - PM Anwar

LocalBusiness & Finance
17 Sep 2026 • 7:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pengecualian AFA Diperluas Bagi Penggunaan Elektrik Sehingga 800 kWj - PM Anwar

Pengguna domestik dengan penggunaan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan akan menikmati pengecualian Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA), Caj Peruncitan serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi tempoh penggunaan mulai September hingga 31 Disember 2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu susulan keputusan kerajaan memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan.

Kerajaan Perluas Perlindungan Bil Elektrik

Menurut beliau, langkah tersebut diambil sebagai tindakan segera bagi menangani tekanan hidup rakyat ketika ini.

Image from: Pengecualian AFA Diperluas Bagi Penggunaan Elektrik Sehingga 800 kWj - PM Anwar
Kredit: FB Anwar Ibrahim

“Sekalung penghargaan khususnya kepada pihak TNB, PETRA dan Suruhanjaya Tenaga atas peranan mereka dalam memungkinkan langkah ini diambil dalam kadar segera.

“Keadaan jerebu serta cuaca yang lebih panas mutakhir ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWj dan menyebabkan kenaikan bil yang luar biasa.

Baca juga:

“Justeru itu, Kerajaan MADANI akan terus memantau rapi perkembangan kos bahan api dan keadaan pasaran tenaga semasa bagi memastikan sebarang keputusan berkaitan tarif elektrik mengambil kira keseimbangan antara kemampuan dan beban hidup rakyat, keterjaminan bekalan elektrik dan kemampanan sektor tenaga negara,” katanya.

Terdahulu, Anwar memberi bayangan positif mengenai hasil mesyuarat khas bagi membincangkan isu kenaikan bil elektrik yang menjadi keresahan sebahagian pengguna sejak kebelakangan ini.

"TNB (Tenaga Nasional Bhd) dah selesai, akan keluarkan kenyataan segera. (Ada) berita baik,” katanya ringkas sambil menunjukkan isyarat ibu jari ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat berkenaan yang berlangsung kira-kira sejam di Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved