Anwar beri restu kepada Kabinet Negeri

LocalPolitics
3 Feb 2023 • 4:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata beliau sudah memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Kabinet Negeri yang baharu dan ia adalah baik untuk Sabah, sekali gus menafikan tuduhan bahawa beliau menentang kehendak Perdana Menteri mengenai perkara itu.

“Sudah tentu, saya memaklumkan kepadanya. Bagi saya, ini adalah satu kewajipan. Bukan itu sahaja kita maklumkan kepada pemimpin tertinggi iaitu Perdana Menteri, tetapi apa yang kita lakukan juga untuk kebaikan Sabah,” katanya, selepas Konvokesyen Ke-2 Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 14 Jan.

Hajiji, yang juga Canselor UCSF, berkata beliau bukan sahaja bertemu tetapi juga mengadakan perbualan telefon dengan Anwar. “Jadi ia adalah lumrah sebagai pemimpin tertinggi negara, kita kadang-kadang berjumpa dan membawa pelbagai isu mengenai rakyat dan Sabah,” katanya.

Beliau menggesa semua pihak memberi ruang kepadanya menerajui Kerajaan Negeri dalam usaha merealisasikan agenda pembangunan negeri demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat negeri ini. Beliau berkata ia termasuk Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021- 2025.

“Keutamaan Kerajaan Negeri sekarang ialah kemajuan dan kebajikan rakyat Sabah,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.