Sistem peparitan dibersihkan tangani banjir kilat: Shahelmey

3 Feb 2023 • 3:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PUTATAN: Sistem peparitan 50 kawasan yang dikenal pasti di seluruh Negeri Sabah telah dibersihkan kerana ia merupakan salah satu faktor berlaku kejadian banjir kilat, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Menurut beliau, kejadian banjir kilat itu juga disebabkan oleh taburan hujan yang agak tinggi tapi ada juga faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya banjir kilat seperti sistem peparitan yang tersumbat.

“Ia juga berpunca daripada perancangan atau pembinaan yang tidak berkolaborasi menyebabkan aliran atau saliran perparitan menjadi rumit dan ini juga boleh mencetuskan kejadian banjir kilat.