Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra

LocalPolitics
19 Apr 2024 • 10:16 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra Mohamed Khairul Idhham, kanak-kanak yang menghidap penyakit Biliary Atresia atau kerosakan pada hati sejak lahir dan dijadualkan menjalani pembedahan di China tidak lama lagi.

Menerusi catatan dalam Facebook, Anwar berkata sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra berusia 20 bulan dan keluarganya pagi tadi untuk membantu menampung kos perubatan dan perjalanan mereka ke China.

"Sama-sama kita doakan agar Nur Khayla (Azzahra) selamat jalani pembedahan dan segera sembuh, insya-Allah,” katanya. - 19 April, 2024