Anwar cadang dua TPM, satu di Semenanjung, seorang dari Borneo

24 Oct 2022 • 12:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 24 OKT: Jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya dua dan bukannya tiga seperti yang dilaporkan media semalam.

Setiausaha Akhbar kepada Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah menjelaskan Presiden PKR itu hanya mengumumkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri iaitu membabitkan seorang dari Semenanjung dan seorang mewakili Sabah atau Sarawak (Borneo).

“Pendirian dan semangat ini konsisten sejak era Pakatan Rakyat sehingga kini.

“Saya memohon jasa baik rakan-rakan media agar dapat memperbetulkan laporan yang telah dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan Anwar sebagai berkata HARAPAN akan mengekalkan cadangan sebelum ini supaya tiga jawatan TPM diwujudkan jika gabungan itu dipilih menerajui kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved