Anwar Dijadual Hadiri Lima Program Di Melaka Hari Ini, Termasuk Kempen PH Sempena PRN

LocalPolitics
5 Nov 2026 • 9:08 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Anwar Dijadual Hadiri Lima Program Di Melaka Hari Ini, Termasuk Kempen PH Sempena PRN

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri lima program di Melaka hari ini, termasuk menyertai kempen Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau dijadual menghadiri beberapa program di negeri berkenaan, termasuk Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) 2026 dan Jelajah Aspirasi MADANI Negeri Melaka.

“Insya-Allah, esok (hari ini) saya ke Melaka untuk beberapa rencana di negeri bersejarah ini. Saya akan ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka terlebih dahulu untuk bertemu para pendidik dan pelajar dalam acara rasmi, sebelum ke beberapa kawasan lain bagi menyemarakkan gelombang HARAPAN di Melaka,” katanya.

Berdasarkan jadual yang dikongsikan menerusi hantaran berkenaan, Anwar dijadual memulakan lawatan dengan menghadiri MATEPM 2026 di Dewan Canselor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka pada jam 2.30 petang.

Beliau kemudian dijadual menghadiri Jelajah Aspirasi MADANI Negeri Melaka bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang di Taman Bukit Rambai pada jam 4.45 petang.

Pada sebelah malam, Pengerusi PH itu dijadual menghadiri Program Malam Harapan di Dewan Pay Fong, SJK Pay Fong pada jam 7.30 malam.

Program berkenaan kemudiannya disusuli Malam Ramah Mesra Melaka Rumah Kita Bersama PMX bagi DUN Paya Rumput di Taman Seri Karanjong, Paya Rumput pada jam 8.30 malam.

Anwar dijadual mengakhiri lawatan di Melaka dengan menghadiri Majlis Sambutan Sinar Deepavali Harapan di Dewan Japerun Peringgit pada jam 9.30 malam.

Baca juga:

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala pengundian awal pula ditetapkan pada 10 November.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved