Anwar doakan kesembuhan Tun M

LocalPolitics
6 Jan 2026 • 3:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di platform X pada Selasa mendoakan kesembuhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini sedang menerima rawatan di IJN.

PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesembuhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menerusi hantaran di platform X pada Selasa, Perdana Menteri yang kini berada di Turkiye berkongsi ciapan berkenaan terhadap situasi kesihatan Dr Mahathir.

"Saya dan Azizah (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) mendoakan keafiatan dan kesembuhan segera buat Tun, Insya-ALLAH," katanya.

Dr Mahathir, 100, dimasukkan ke IJN selepas dilaporkan terjatuh di rumahnya jam 9.30 pagi bagi pemantauan secara keseluruhan.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Akhbar bekas Perdana Menteri itu, Sufi Yusoff.

Difahamkan satu kenyataan akhbar berkaitan akan dikeluarkan oleh pejabat Dr Mahathir dalam masa terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved