(TERKINI) Tun Dr. Mahathir Alami Kecederaan Pinggul Kanan Selepas Terjatuh Di Kediaman

LocalPolitics
6 Jan 2026 • 6:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, disahkan mengalami keretakan pada bahagian pinggul kanan selepas terjatuh di kediamannya awal pagi ini.

Pegawai Pejabat Dr. Mahathir, Sufi Yusuf, berkata beliau mengalami kecederaan tersebut dan dijangka memerlukan rawatan serta pemantauan di hospital untuk tempoh beberapa minggu.

Advertisement
View this post on Instagram

“Dr. Mahathir terjatuh kira-kira pukul 7.30 pagi di kediamannya sebelum dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) dalam keadaan sedar.

“Beliau seterusnya dimasukkan ke wad sekitar pukul 9.30 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sufi, keadaan kesihatan Dr. Mahathir kini berada di bawah pemantauan rapi pasukan perubatan bagi memastikan rawatan lanjut dapat diberikan dengan sewajarnya.

Setakat ini, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung tahap kesihatan beliau dan memberi ruang sepenuhnya kepada pasukan perubatan untuk menjalankan rawatan yang diperlukan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-01-06 18:04:04

Lelaki Rempuh Penuntut UniSZA Disahkan Penghidap Sakit Mental

The post (TERKINI) Tun Dr. Mahathir Alami Kecederaan Pinggul Kanan Selepas Terjatuh Di Kediaman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.