Anwar enggan layan cubaan sabotaj

Politics
15 May 2023 • 9:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar ketika hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Sebarang percubaan untuk menstabotaj Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi akan dilayan.

Tegas Perdana Menteri, meskipun terdapat beberapa percubaan menerusi akuan bersumpah (SD) dan sebagainya di peringkat awal, pentadbiran yang diterajuinya hari ini dilihat kukuh dan meyakinkan.

Ia selepas pemimpin parti-parti bersekutu menzahirkan komitmen terhadap Kerajaan Perpaduan menerusi Konvensyen Perpaduan.

"Saya lebih yakin kerana konvensyen semalam menetapkan suatu bentuk kerajaan yang kukuh," katanya dalam ucapan sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri pada Isnin.

AKAN MENYUSUL