Anwar hargai peranan Pakistan usahakan rundingan damai AS-Iran

LocalPolitics
1 Oct 2026 • 6:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anwar hargai peranan Pakistan usahakan rundingan damai AS-Iran

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan atas peranan Pakistan dalam mengusahakan rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran.

Beliau turut menyampaikan harapan agar kunjungan Ketua Tentera Pakistan, Field Marshal Asim Munir ke Malaysia dapat direalisasikan setelah beberapa kali tertangguh.

“Saya merakamkan penghargaan atas peranan Pakistan dalam mengusahakan rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran, serta menegaskan bahawa ruang dialog dan diplomasi mesti terus diperkukuh bagi meredakan ketegangan dan membuka jalan kepada keamanan yang berkekalan.

“Saya mengalu-alukan kedatangan beliau pada bila-bila masa yang bersesuaian tanpa perlu terikat dengan aturan protokol rasmi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook di sini hari ini.

Anwar berkata demikian selepas mengadakan perbualan telefon dengan sahabatnya, Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif hari ini bagi bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau serta hubungan Malaysia dan Pakistan.

Katanya, beliau juga menghargai ingatan dan ucapan takziah Shehbaz atas pemergian abangnya, Almarhum Idrus Ibrahim, yang memberi makna besar buat mereka sekeluarga dalam saat kehilangan ini.

“Beliau juga menitipkan salam takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali,” katanya.

Katanya, mereka turut membincangkan urusan eksport daging yang akan terus disusuli oleh pasukan kedua-dua negara bagi membuka ruang kerjasama yang lebih luas.- KOSMO! ONLINE

The post Anwar hargai peranan Pakistan usahakan rundingan damai AS-Iran appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved