Anwar Ibrahim Antara Pemimpin & Ahli Politik Islam Berpengaruh Dunia

Politics
12 Oct 2023 • 5:35 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi bualan hangat ramai apabila tersenarai antara 50 pemimpin dan ahli politik Islam berpengaruh dunia.

Menurut laporan Berita Harian, beliau menduduki tangga ke-11 dalam edisi terbaru The Muslim 500: The world’s 500 most influential Muslim 2024.

Ahli politik Islam berpengaruh dunia

image is not available

Difahamkan, Presiden Indonesia, Joko Widodo yang menduduki tempat kesembilan menerusi kategori Penghargaan Terhomat dimana Anwar berada di belakang pemimpin tersebut untuk kategori tersebut.

Kedudukan tersebut berdasarkan pelbagai bidang termasuk budaya, pemikiran, kewangan dan politik serta melakukan perubahan yang memberi impak kepada dunia Islam atau penganutnya.

image is not available

Dalam pada itu, Ahli Cendekiawan Islam, Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas pula mencipta sejarah dimana berjaya menduduki tempat ke-25 untuk kategori yang sama.

Bukan itu sahaja, beliau turut tersenarai antara ilmuan Islam yang paling berpengaruh di dunia.

image is not available

Sekadar info, Anwar Ibrahim pernah menduduki tempat ke-22 pada tahun 2022 untuk kelompok yang sama.

Sumber: Berita Harian (Farhana Abd Kadir)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved