Anwar antara ahli politik Islam paling berpengaruh di dunia

Politics
13 Oct 2023 • 12:01 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenarai antara 50 pemimpin dan ahli politik Islam paling berpengaruh di dunia.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berada di kedudukan ke-11 bagi kategori pemerintah dan ahli politik seperti tersenarai dalam penerbitan edisi terbaru The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslim 2024.

Beliau berada di belakang Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi yang berada di tangga kesembilan dalam senarai terbabit.

Mengikut penerbitan tersebut, pemilihan dibuat berdasarkan pelbagai bidang termasuk budaya, pemikiran, kewangan dan politik.

Aspek lain yang diambil kira termasuk melakukan perubahan yang memberi impak kepada dunia Islam atau penganutnya.

Pada tahun lalu, Anwar berada di kedudukan ke-22 dalam kategori sama.

Anwar dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November lalu yang membentuk Kerajaan Perpaduan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Warisan. - 13 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved