Anwar Ibrahim Dah Nak 78 Tahun Pun Masih Gigih Demi Rakyat

LocalPolitics
14 Jul 2025 • 6:09 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), tampil menjawab tuduhan yang mendakwa beliau ‘suka-suka’ ke luar negara, kononnya hanya untuk berseronok.

Menerusi satu hantaran di Instagram, PMX menegaskan bahawa setiap lawatannya ke luar negara adalah atas urusan rasmi yang membawa manfaat besar kepada negara dan rakyat.

Umur saya dah nak masuk 78 tahun bulan depan, saudara ingat saya suka berjalan ke sini, sana? Ke luar negara? Ingat tidak letih? Sampai dari Brazil 24 jam kapal terbang, tiga kali orang pergi Mekah jauh dia.- Jelasnya.

PMX kata lagi, lawatan yang dilakukan bukanlah perkara ringan kerana ia melibatkan tanggungjawab besar dalam menarik pelaburan asing ke Malaysia.

Lawatan diplomatik Anwar Ibrahim bawa pulangan bilion-bilion untuk rakyat…

image is not available

Anwar turut menekankan kepentingan Mesyuarat BRICS di Brazil, satu platform global penting yang menghimpunkan negara-negara membangun tanpa perlu tunduk kepada kuasa besar dunia.

Brazil negara besar, dia beri ruang pelantar minyak yang terbesar kepada Petronas. Sebab kita berkawan dengan dia, siapa untung? Petronas.

Tak cukup dengan itu, PMX juga berkongsi tentang lawatannya ke Peru sebelum ini yang membuka peluang besar kepada syarikat perkapalan tempatan.

image is not available

Harga kapal hampir RM1 bilion, untuk siapa? Benar untuk syarikat tapi untungnya dibawa balik ke Malaysia di mana pekerjanya adalah rakyat kita sendiri.

Menurut beliau, hasil kontrak bernilai hampir RM1 bilion ini bukan saja beri keuntungan kepada syarikat, tetapi juga menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Pssttt! Kadang-kadang kita mudah buat andaian tanpa tengok keseluruhan cerita. PMX bukan saja terbang ke sana sini sesuka hati, tapi demi masa depan ekonomi negara. Umur dah hampir 78 tahun, tapi masih komited nak cari pelaburan dan bina jaringan global untuk Malaysia. Jadi korang, sebelum cepat kecam, cuba fikir siapa sebenarnya dapat untung dari semua lawatan ni? Rakyat jugak, kan?

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.