“Nantikan..”– PM Anwar muat naik hantaran misteri, penghargaan luar biasa buat rakyat

LocalPolitics
14 Jul 2025 • 10:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencuri perhatian selepas memuat naik satu hantaran berbentuk teaser di laman Facebook rasminya.

Hantaran berkenaan memaparkan sebuah poster berlatar belakang biru gelap dengan mesej: “Akan Datang, Suatu Penghargaan Luar Biasa Buat Rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku.”

Poster itu bagaimanapun tidak disertakan dengan sebarang maklumat lanjut.

PM Anwar muat naik hantaran misteri

image is not available

Perdana Menteri turut menulis kapsyen ringkas satu patah perkataan bagi mengiringi hantaran berkenaan.

“Nantikan,” tulisnya.

Malah, hasil tinjauan mendapati beberapa kementerian dilihat mula memuat naik poster yang sama di media sosial masing-masing.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Mesej itu seterusnya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang menzahirkan rasa ingin tahu mengenai bentuk penghargaan yang dimaksudkan.

Sebahagian warganet menjangkakan pengumuman berkaitan kebajikan rakyat atau program baharu kerajaan, sementara yang lain sekadar menanti perkembangan lanjut daripada Pejabat Perdana Menteri.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan berhubung maksud sebenar hantaran tersebut.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved